About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Monday 29 July 2013

Sehari bersama mereka yang gila ! ;)

Hai Assalamualaikum readers-2 sekalian :) Ada yang tanya Hana , kenapa Hana selalu bagi salam and mention 'readers' , not 'followers' . Okay begini kisahnya , Hana tahu tak semua orang yang baca blog Hana ni (readers) follow blog Hana .  Ada jak yang takat baca tapi tak follow . Betul kan ? So itu adalah sebab musabab nyaaaa kenapa Hana tak bagi salam and mention 'followers' :) Harap maklum .

Hari Sabtu yang lepas , Hana ,Oppa , Zaty , Josh and Fifi merayau ke Kuching sebab Cik Zaty kitaa ni nak beli ole-2 untuk familynyaa dia Klang, Selangor masa balik raya nanti :) So , ke mana kami ? Di pagi hari jam 7am , Oppa dah call suruh bersiap . Awal kan ? Bila ditanya jam berapa keluar , katanya SECEPAT MUNGKIN . Haha . Hana pon siaplah secepat mungkin yang Hana mampu . Tapi nasib malang sikit sebab tengah sakit perut . So Hana siap jam 8.49am and sampai depan kolej Oppa jam 9.01am :) Haaaa ! Tengok jam taau setiap pergerakan :D Hihi

Keluar pagar belakang UiTM Samarahan . Fifi dah tunggu :) Kami pon naik lah kereta sewa yang dipandu oleh Fifi ituu . Okay , ayat gua dah start skema -.- Firsssst sekali kami pergi makan ! Eh m, puasa lah yalls :D Hihi . Mula-2 kitorang gi beli kek lapis kat Mira Cake House Central yang terletak di Kampung Boyan, Kuching . Then bermulalah sesi bergambar di tepi sungai :D
Mira Cake House Central, Kg. Boyan, Petra Jaya, Kuching :)


Captured by Fifi :)

Then kitorang choww pergi Pantai Pasir Panjang . Pantai Pasir Pandak . Entahlah . Hana pongg confuse namanyaa ~ Dua-2 boleh pakai ;) Hihi .


Zaty, Fifi and Hana :)

Fifi, Daim, Josh and Hana :)

Josh, Fifi, Hana, Zaty and Daim :)


Hadri Yusuf :* 

Dibuli oleh Nurrizati Nohar ! -.-

Okay , ini gambar candid ! Tapi cantiik :)

With Daim , Zaty , Josh and Fifi :)

Okay , boring dah tengok gambar kitorang ? Haha . Itu baaru apart of okaay :) Then kitorang choww pergi Medan Niaga Satok . Cik Zaty nak shopping Ikan Terubuk Masin . Tapi Hana and Fifi lepak dlaam kereta jea . Sebab takda parking -.- Lepas tu kitorang pergi ke Boulevard pulok :) Cuci-2 mata . Tengok sales raya . Semuaa kedai buat sales gila-2 . Tapi kitorang ke sana bukanlah untuk shopping . Tapi untuk sumbangkan suara yang sumbang . But not me ! Oppa and Joshua yang memekik dalam jamban karok tuu . Haha. Sempat candid saatu jea Oppa karok . Ini Zaty punya kerja :D

Saya tak salah okay :)

Okay lepas tu kitorang pergi Giant Tabuan Jaya untuk beli sedikit barang untuk sahur and berbuka . Then kami pon pulang ke UiTM Samarahan . Thanks korang :) Really-2 sweet memory ! GTG :) Oppa mesej , dia dh panggil :P Haha . bubye ! Assalamualaikum ..

Love,   
Hana <3











Thursday 25 July 2013

Khabar saya :)

Hai Assalamualaikum readers :) So , how berpuasa hari ke 15 ni ? Ok ? Lebih kurang 2 minggu jea lagi raya kan ? Cepat jea masa berlalu ~~

Hana sebenarnya taktau nak story mory pasal apa . Tapi rasa macam nak update blog and rasa macam banyak benda nk cerita . Masalahnya tak tahu nak cerita yg mana satu and nak start dari mana . Hana story semua satgi , boring pulok yalls baca entri ni pepanjang .

So , sekarang Hana tengah lepak kat library buat assignment MGT162. Sambil-2 buat assignment bolehlah tengok khabar blog ni jugak :) Hee . Hana sebenarnya dah start pressure dgn study . Huu ~ Sekarang busy nak buat assignment and tutorial MGT162 . 5 tutorial yg perlu disiapkan ! Huhh~  Then , on next Monday Hana ada 2 test . Pagi PAD102 and malamnya pulak MGT162. Hmm :( In the same time , nak kena siapkan project ACC106 . Lepas cuti raya nanti , start busy buat assignment PAD102 pulok . Huu~

Btw , pasal ACC106 tu . Nasib baiklah Hana ada basic accounting principles. Takdelah berdarah sangat otak ni nak buat project nyaa . Project nyaa sama jea macam project SPM . Create business and business transaction. Prepare the account of the business . Buat journal and ledger . And segala benda tulaa ~ Maksudnya , ini tahun ketiga saya ulang project yang sama ! Alangkah bagusnya kalau saya print jea balik project dulu . Kih-3 :D okay , saya tak gila untuk buat macam tu . Hee . Tapi Hana mengaku , SPM punya project laagi payah and susah .

Hmm . Okay-2 . Next Wednesday (31 Julai 2013) , Hana akan pulang ke tempat asal Hana :) KUALA LUMPUR ♥ Pulang bersama Cik Nurizzati aka Zaty aka Jati . Kih-3 . Kitorang satu flight . AirAsia jam 9.30pm ~ Then balik Sarawak semula 11 Ogos 2013 . MAS jam 7.15am .

Ingatkan balik KL awal bolehlah lepak-2 dulu kat KL sehari dua before balik beraya kat RuBen . Tapi that day Abah call , katanya dia balik RuBen sekali dengan Hana and Angah . So Hana takleh balik lewat lah . Baru nak plan lepak dgn Fazz aka Ijah aka Faizah tu dulu ke jumpa Mr. M dulu ke makan nasi telur bungkus kat CM ke Char Kuetiau kat Det Station ke roti bakar kat Hafeez Corner ke . Haha . Ok , Hana tahu korang fikir apa . Korang mesti fikir Hana rindu KL kn ? Haha . LOL :P

Abah kata paling lewat pon 2 Ogos dh balik RuBen sebab Abang Wahyu nak berhenti kerja and nak balik Indonesia dh . So takde siapa jaga RuBen tuu . Sedih . Hana mulalah melakar idea di minda masa Abah cakap macam tu . Hihi , idea yang dilakar ialah Hana balik sendiri naik bas . Macam tak biasa :D Tapi tetiba Abah sambung speech nyaa di hp tuu dengan , "Abah dah chek kan tiket bas untuk adik kalau nak balik lambat . Tapi tiket semua dah habis sbb musim raya" Terus hilang lakaran di minda Hana tu dgr Abah cakap macam tu :(

So nak tanak kena lah balik jugak :( 31 Julai balik KL . 1 Ogos free . 2 Ogos dah balik RuBen . So kalau Hana nak merayau pon , 1 Ogos tu jealah yg ada masanya . Memang Hana keluar pagi balik tgh maalam lah kaan . Haha . Dah lh raya ke 3 , kakak sedara Hana tunang . Raya ke 4 dh balik Sarawak balik . Nang sikda masa dah :( Haaaa , kan dh terkeluar tuu ! Haha .

Okay , tukar topik ~ Hari Isnin (22 Julai 2013) yang lepas , Sarawak sambut Independence Day atau Hari Merdeka Sarawak yang ke 50 :) So Hana , Oppa , Zaty , Josh and others 25 siswa and siswi UiTM Samarahan join aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Bahagian HEP UiTM Samarahan iaitu memeriahkan Majlis Sambutan Hari Merdeka Sarawak yang ke 50 yang bertempat di Waterfront, Kuching, Sarawak :) Pengalaman yang sangat menarik bagi saya orang Semenanjung :) Kalau saya iyelah celebrate National Day only on 31st August :) Tapi kat sini , ada Independence Day of Sarawak :)

Tapi memandangkan kami dah sampai Kuching tu , takkan lah tak amek kesempatan kn ? Haha . Kitorang tak tunggu sampai majlis tu habis . Dalam jam 10am , kami chowww pergi Merdeka Plaza :) Hmm , beberapa gambar yang rasa macam nak tayang :D
















Maafkan kami berempat . Tapi sememangnya hobi kami bergambar :D Hihi ~ Saja nak share wajah-2 ceria kami dgn yalls :) Jangan menyampah dengan kami yea . Kih-3 . Hihi . Tengah-2 merayau , dapat msg dari En. Idris. Katanya bas balik kampus akan tiba jam 12 tghari . So , kami pon baliklah balik ke tempat tunggu bas . Maka pulanglah semula kami ke UiTM Samarahan :)

Hmm , K lah . Hana tetiba rasa macam malas nak menaip dh . Angin tak baik tetiba tegur Hana ==' Hee , ok bubye readers . Thanks baca this entry and my blog :) Assalamualaikum .



Love,   
Hana ♥ 

Saturday 13 July 2013

Sedih dan gembira :)

Assalamualaikum kawan-2 , kakak-2 , abang-2 , pakcik-2 , makcik-2 , atok-2 dan nenek-2 sekalian :)Hehee . Hana ada banyak topik nak story mory ni . Macam-2 cerita ! So Hana rasa title tu jea lah kot yang sesuai dgn entri ni . Hee . *btw, entry ni maybe sedikit membosankan sbb banyak luahan perasaan and mengarut. Bosan sebenarnya . Hehee . Sorry yalls!*

Okay , Kita story pasal first day punya puasa okay ? hehee . Okay , kita start puasa hari Rabu (10 Julai 2013) kaan ? Hmm , seperti yang Hana ceritakan kat yalls dalam entri sebelum ni yg bertajuk 'UiTM Samarahan :)', hari Rabu ada Kesatria . So Hana kena berkawad dari jam 4pm sampai 6pm . Hmm . Sini Sarawak ooi . Waktu berbukanya cepat . So , alkisaaahnyaa~~

Hana habis jea Kesatria terus pergi bilik Zaty kat Kolej Seri Serapi untuk tukar baju . Sbb kolej Zaty lagi dekat dari kolej Hana . Hmm , mmg dah bawak tshirt siap-2. Dekat-2 pon , sampai kolej jam 6.15pm lah jugak ! Tukar baju , cuci muka tgk jam dah 6.30pm . Huhh~ Berbuka 6.50pm ni -.- 

Si Joshua and Oppa dah tak senang duduk dah tunggu kitaorang .Ouh yes , FYI Joshua pon ikut puasa sekali tau :) Nak jimat belanja katanya . hehe . Okay-2 . Dah siap , kami pon pergi ke Bazaar Ramadhan di Desa Ilmu . Blkg campus jea pon . Tgh pusing-2 dalam bazaar tu , azan pun berkumandang . Josh and Oppa dah hilang entah ke mana . 

So Hana and Zaty pergi farmasi depan bazaar tu untuk berbuka . Haha . Maksud saya bukanlah gi beli ubat tapi beli air kat farmasi utk berbuka . Hmm , sbb kat bazar sesak sangat ! Dah minum , masuk bazaar balik . Then beli nasi kerabu . Zaty pon sama . Kami adalah pelanggan terakhir akak nasi kerabu tuu :) Hihi . Then bila jumpa Josh and Oppa , rupanya diorang pon beli nasi kerabu yg sama juak :)

Bila ditanya mereka punya nasi kerabu sorang RM6 ! Padahal Hana punya dgn Zaty sorang RM3.50 :) Okay yg sebenarnya yg Hana nk bagitau kat sini adalah moral of the story , nak murah jadilah pelanggan terakhir ! Haha . Tu jea Hana nak cerita sebenarnya . Hahaha . *punyaaa panjang taip , tu jea point :)*

Okay ni kisah lain pulak , hari Jumaat petang lepas Kak Salwa amek Hana kat kolej . Kami bersungkey kat luar . Di mana ? Haa di sini !




Nampak ke ? Hmm , kat Hotel Grand Margherita yang terletak di tengah-2 bandar Kuching :) Dalam tuu ada buffet . Hmm , payah nak cakap . Tapi conclusion nyaaa , laaazat ! Hihi . 

Meriah :) Ramaai . Ouh yea , Hana bukan lah berbuka dgn Kak Salwa jak . Ada lagi org lain . Kak We and family , anak-2 Kak Salwa , Pak Lang and Mak Lang , Alim (anak Kak Rina) and Abang Lukman :) Ada satu menu yang Hana nak share gambarnya dgn korang . Tapi Hana tak makan pon . Sbb dah double triple punya kenyang ! Ni haa gambanya :)


Hmm :) How ? Hahaha :D Dah kenyang makan , kami pon baliklah ke rumah . Esok petangnyaa Hana and Kak Salwa pergi Bazaar Ramadhan kat Sukma Ria . Pergi dgn tangan kosong , balik pon dengan tangan kosong :D Taktau nak beli apa bila dh banyak sgt pilihan ni . 

Otw balik dari bazaar tu , Hana nampak someone yang sangat Hana kenal nak melintas jalan . Kaki panjangnya , style rambutnya , beg laptop kesayangannyaa . Haha . Kenal saangat ! Hana terus call dia and pesan lintas jalan elok-2 . Haha , HADRI ! Dia orangnya :) Haha , Oppa-2 . 

Malamnya Oppa tweet satu statement which is buat Hana tak habis fikir sampai sekarang . Hmm , dia kata :: "Saya malu sebab lihat saya lintas jalan petang tadi. :( " Eh , macam selama ni kita tak pernah tengok dia lintas jaalan jak . Kita rasa hampir setiap hari kita tgk dia lintas jalan . Takde pulak dia maalu time tu ! HAHAHAHA :D

Okay-2 . Balik dari bazaar terus siap-2 untuk ke Masjid Jamek Kuching untuk berbuka puasa and solat Maghrib :) Selesai solat , kami pergi ke Masjid Ikhwanul Islam , Taman Sukma pulak untuk solat Isyak and tarawih :)

Habis tarawih balik rumah tidooo . Sbb Mak Lang ajak pergi Masjid At-Taqwa untuk buat qiamulail pukul 3.00am :) So , kenalah tido awal . Takut tak sedar . So dalam 2 malam Hana kat rumah Mak Lang , Hana dah berkesempatan pergi ke 3 buah masjid kat Kuching ni :) Alhamdulillah . Thank you Mak Lang :D

Jadi , pukul 3.00am kami pon pergi ke Masjid At-Taqwa :) Qiamulail , sahur , solat Subuh and dengar kuliah Subuh . Selesai semuanya , balik rumah and packing barang untuk balik kolej balik :) Kenapa balik awal sgt ? Haa , sebab Hana kena buat research untuk 2 assignment ! Huhh . MGT162 and PAD102 .

Dan disebabkan itu jugalah Hana berada di depan PC sekarang and menaip segala benda ni sbb dah dapat bahan dah untuk assignment nyaa :D Alhamdulillah ! Walaupun tak complete , tapi legalah dah ada bahan :)

Hmm , okay tukar mood ! Hana nak story mory pasal benda lain pulak ni :)


Al-kisaah~~ Hmm , kenapa Hana tukar font and colour of font ? Eh , suka hati lah :D Blog saya ! Haha . No lah , kan Hana cakap tukar mood tadi ;)

Okay , sekarang Hana nak cerita tentang mainan jiwa Hana . Hana mengaku Hana sangat-2 rindukan Mama . Tapi Hana kena kawal emosi kan ? So macam ni . Hana sebenarnya dah lama perhatikan orang sekeliling Hana . Btw , before that ! Hana nak bagitau yalls dulu yang Hana bukanlah nak merungut , mengeluh atau berduka . This is just what I feel :)

Okay sambung balik . Masa Hana daftar UiTM , Hana tengok budak-2 baru daftar kolej semua ibunya hantar sampai ke dalam bilik . Include my roomate , Qasrina :) So , masa tu Hana just imagine lah kaan ~ Kalaulah arwah Mama ada , I believe that she will do the same :) Sama macam Abang Boy masuk Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) and Angah masuk Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) . Mama hantar sampai ke bilik . Mama tengok suasana biliknya . Mama tengok tempat yang bakal jadi tempat tidur anaknya . Tapi mungkin Hana takde rezeki untuk rasa detik mcm tu :') Hana cuma masuk bilik seorang diri and ditolong oleh Qasrina and Zaty utk angkat barang :') Memang sedih sebenarnya tapi... No idea how to describe this feeling .

Btw , Hana bersyukur ! Hana ada Cik Tie and Mummy . Mummy bawak Hana shopping barang-2 keperluan masa kat KL . Cik Tie pulak masa di Sarawak :') Hmm . Thank you Mummy and Cik Tie .

Hana sebenarnya nak cakap lagi pasal satu situation which is Hana selalu inginkan Mama ada just like in that situation . Tapi Hana rasa tak sesuai lah sbb situation ni berkaitan dgn orang lain . Takut nnti jadi lain pulak sbb publish kat blog ni :) So , yg ni biarlah Hana pendam jea :') Tapi apa yang penting , Hana memang tak selesa bila perasaan ni dtg mengganggu . Huhh~

Tambah sebak bila balik dari bersungkey di Hotel Grand Margeritha tuu , baca satu status Abah yang diupdatenya pada Jummat (12 Julai 2013) , 9.59pm . Hmm , statusnya begini .

Waktu sahur.

Bila bersahur saya makan sedikit sahaja dan mengelak dari makan nasi. Maka isteri saya akan menggoreng cucur bawang kegemaran saya dgn kuah kacang segera yg dibancuh air panas. Itulah makan sahur saya sepanjang ramadhan yg digoreng tak sampai 10 biji pun, barulah kejutkan saya bersahur.

Moga dia mendapat ganjaran yang berganda2 di atas keikhlasan melayan suaminya.

Kekadang kerinduan itu menyapa!
AL FATIHAH...

Hmm . Ya Allah , jujur Hana mmg menangis baca ni . Arwah Mama memang begitu . Walaupun di pagi hari , dia turutkan permintaan kami walaupun berlainan permintaan terutamanya air . Hana mesti nak teh O suam. Abah mesti nak teh panas . Abang Boy mesti nak milo O ais . Hmm , Angah jelah yg tak banyak bunyik . Lagipon dia mmg susah bangun sahur . Kih-3 .

Since Mama meninggal , tak ada lah suasana macam tu time sahur . Mmg lah Hana tak berpuas dgn family tahun ni . Tapi tahun lepas pon kami berpuasa without Mama . Ketiadaan Mama sangat-2 terasa ! Hmm :(

Hmm , bila Hana tgk kawan-2 yang sedih sbb tak dapat berpuasa dgn family walaupun ada di kalangan mereka yg family nya hanya di Sarawak , Hana jadi tak habis fikir jugak . Hehee . Kenapa Hana tak rasa mcm diorang ? Hana takde rasa apa-2 pon . Takdelah fikir sampai nak balik KL sambut puasa sama ke . Rindu family kat KL ke . Serious ! Hana tak gurau . 

Hana sendiri rasa pelik sebenarnya . Bukan pelik kenapa mereka begitu sedih . Hana tahu itu normal bila mmg rapat dgn family . Tapi Hana pelik dgn diri Hana sendiri . Pelik kenapa Hana tak sedih macam diorang sedangkan Hana pon first time gak berpuasa without family .

Tapi apa yang rasa , Hana rindukan Mama :) Itu jea . Rindu yang which is tak perlukan Hana ke mana-2 . Tak perlu balik KL . Tak perlu balik Ipoh . Sbb Mama ada di alam lain :') Hanya doa jea yang hubungkan Hana and Mama :( Hmm . K lah . Stop about arwah Mama . Nanti terbawak-bawak perasaan ni . Love you Mama ! B U Bu ! AlFatihah :')



Okaylah readers , Hana nak choww dulu ! Bila free lagi Hana sambung melalut lagi yea ? Thanks baca blog kita yan entah hape-2 ni :) And sorry for the bad entry today . Bubye ! Assalamualaikum :D

Sunday 7 July 2013

UiTM Samarahan :)

Hai and Assalamualaikum readers :) Laama dah tak update blog. Rindu blog :') Dah tengok title ? Okay good ! Hana nak story mory pasal UiTM Samarahan . Eh no ! Perjalanan Hana ke UiTM Samarahan :)


Esok (Isnin , 8/7/2013) , genap 3 minggu kat UiTM Samarahan ni . Means , 3 minggu jugak Hana bergelar siswi UiTM Samarahan <3 dan , 3 minggu jugak Hana tinggalkan Kuala Lumpur dan SEMENANJUNG MALAYSIA ! woaah . Jauh kau merantau Hana ! hihi :)

Dah 3 minggu kat sini , baru berkesempatan nak update blog ni . Pasrah ==' hee :) Pepaham jea lah yalls . Kita budak part 1 (sem 1) hihihi :D Okay , Hana start daripada tawaran sambung study kat sini okay ? :) 

Hana dapat offer ni masa 14/6/2013 (Jumaat) . Masa dapat jea offer tu , Hana rasa macam nak menjerit sekuat hati ! Ehem , bukan sedih sebab jauh okay :) Tapi sbb terlampau seronok . Yelaah kan , masa buat UPU dulu , gagal . Then rayuan dapat :D Kalau korang baca entri Hana yg diupdate pada 26 March 2013 ber'title'kan "I'm Back" , Hana mmg ada cakap yang Hana mmg target UiTM Samarahan . Manalah Hana tak sawan masa dapat tawaran tuu :) Impian jadi kenyataan babe ! Hihi . Tapi dalam entri tu dulu Hana cakap Hana nak Diploma pengajian Perniagaan kn ? Tapi Hana dapat Diploma Pentadbiran Awam :) btw , it's okay :D Yang penting , study !

Okay , dalam surat tawaran tu Hana kena register 17/6/2013 (Isnin) . Gilaa kan ? Cuma 3 hari selepas dapat tawaran ! Tapi itu bukanlah masalah :D So , Hana fly ke Kuching, Sarawak pada 16/6/2013 (Ahad) . Naik AirAsia . Flight pukul 10.50am .



Banyak kn beg ? Helloo ~ Tu skali dgn beg Abah okay :) Hihi . Okay , ni ada satu cerita kelakar+gila . Pada Hana lah :)

Al-kisaaah ~~ Cik Tie cakap kat Hana , kalau tkde aral melintang nnti dia hantar Hana ke LCCT . So , masa kat LCCT , Hana tggu lah dia . Bila nk check in tu , Hana whatsapp lh dia tanya kat mana . Then jawabnya , "Adik kat LCCT kan ? Cik T tggu adik je la." Hana pon dgn terpinga-pinya nyaa rply whatsapp tu , "Ha'ah . Cik T tggu adik ? Cik T kat mana ?" Tahu apa Cik Tie reply ? Haha . Terbulat sekejap mata Hana ! Ni haa dia reply :D 


Haa , how ? Haha . Rupanya Cik Tie naik Malindo pagi tu . Before flight Hana lagi :D Rupanya bukannya hantar ke LCCT . Alih-2 jemput kat Kuching International Airport ! Lol :P Jadi Hana abadikan lah kenangan gila bersama Cik T ni :)



Okay sampai sana , Kak We and Abang Jemi jemput :) Then dia bawak pusing-2 dulu before hantar kami ke rumah Pak Lang Sharkawi :) Petang tu kami keluar lagi . Pergi Santubong :) Tapi gi cuci mata jak lah . hee . Eh, jak ? Haha . Maklumlah 3 minggu duk sini . Tidoo pon sebilik dgn org sini . kih-3 :)

Hee . Okay , esoknya Pak Lang and Abah lah hantar kita ke UiTM nyaa . Untuk daftar :) Btw , still remember my crazy Oppa tu ? Haha . Dia kan study sini jugak . Tak pasal jadi junior dia -.- So , masa sampai UiTM tu dia and mmber dia , Zaty dah tunggu Hana . Nak tolong utk urusan pendaftaran katanya . Untung ada senior camni babe ! Haha . *untung saangat* :P

So Daim and Zaty ni laah yg byk tolong Hana pasal daftar mcm-2 benda ni . Sampai skrg pon , diorang still byk tolong :D Thank you korang . So skrg ni Hana byk lepak dgn diorang lah . Ada sorang lagi , Joshua namanya :D

Okay , berbalik pada cerita hari daftar :) Lepas settle semua , Hana lepak lah kat bilik . Kenal-2 dgn roomate baru . Qasrina Syahida namanya . I call her Rina :) Bekas pelajar SMK(A) Matang , Kuching :) Sorang jea roomate . Haha . Dapat bilik utk 2 orang :D ouyehh ! Seronok sembang dgn Rina ni . Ceria orangnya . Sekepala dgn Hana . Gelak jea kerja . Bila malam mesti kitorang gelak dulu before sleep . Conclusion nya , kitorang hanya akan tidur apabila dah penat gelak . Haha :D

So , dah lepak-2 dgn Rina tu , dalam pkul 5pm , Hana keluar dgn Abah , Cik T and Cik Wan . Pergi Giant Tabuan Jaya . Pergi beli barang-2 keperluan . Mcm baldi and segala benda tu lah . Takkan nak beli kat KL pulak kaan . Macam mana nk hangkut benda tu naik flight ! Haha .

Okay , lepas shopping gi makan kat Serapi Corner . Makan Mee Kolok :) Sedap ! Utk sahabat-2 di Semenanjung tuu , kalau datang Sarawak , rasalah Mee Kolok ni . Sooodap :D Then balik lah saya ke Kolej Seri Gading , UiTM Samarahan :D no bilik nak tahu ? Haha , tak perlu kot . kihkihkih .

Seminggu berlalu :) Kelas , koko , aktiviti malam :) Memang enjoy ! Start pergi kelas hari Selasa , 18/6/2013 . Kelas ELC120 (english) . Best ! Tapi biasalah , first day :) Sesi perkenalan diri laah kan ~ In English okay ! Haha . Tapi Hana takde lah masalah nak speaking . Well , dari kecik duk kat Central Market tuu . Customer yg datang bukannya warganegara jea . Tourist pon ramai :) Japanese , Korean , American , Indian , African ,  Chinese and etc etc . So , to speak in English is not a problem for me :)

Tapi for first week . Banyak kelas cancel . Sbb jadual lecturer clash dgn budak degree . Tapi hari Rabu best ! Kenapa ? Haha . Sebab koko . Kesatria :) Apa lagi , kawad lah kaaan :) Walaupun aktiviti tu memenatkan , tapi kalau dh suka and minat nak buat camne kaan ~ So , every Wednesday , from 4pm-6pm , Hana akan berkawad kat Parking B , UiTM Samarahan :D

Okay weekend utk first week :) Hari Sabtu malam Abah , Cik T and Cik Wan amek Hana kat kolej . Bawak balik rumah Pak Lang . Sebab hari Ahad tuu diorang plan nak ke Serikin . So Hana nak ikut lah :) Hee , hasil daripada 'ukur jalan' ke Serikin , *ayat Daim , haha* adalah telekung sepasang :) Cotton warna hitam ! Cantik :D Berapa ? RM100 onlyyyy maaa ~ Murah kan cotton RM100 je ? Hee :) Ikut hati , nak borong . Tapi satgi mengamuk pulok Abah tuuu . Kih-3 . Tgh-2 jalan , jumpa lah pakaian baby . Teringatlah Si kecik Nafisah kat KL tuu . Seminggu tak jumpa dia , rindu gilaa rasanya tgk perangai little princess tu :) So , Hana belikan lah dia 2 helai seluar and kirimkan kat Abah bawak balik KL :) ni haa seluarnya .



Comel kaan ? Aiee ~ Hee . Okay-2 . Dah habis shopping kat Serikin , balik rumah Pak Lang . Petang tu , balik ke kolej semula . So tu lah last jumpa Abah . Sbb lusanya , Selasa (25/6/2013) Abah dh balik KL balik . Before Abah choww , kami bergambar lah dlu . 


Then bermulalah semula Isnin , Kelas PAD102 (Introduction to Public Administration) . MAT112  (Business Mathematic) . ACC106 (Introduction to Financial Accounting and Reporting) . Selasa , ELC120 (Intergrated Language Skills) . Rabu , PAD102 . koko - HBU111 (National Kesatria) . Khamis , MGT162 (Fundamentals of Management) . CTU101 (Fundamentals of Islam) . Jumaat , FREEEEE ! Hee :)

Tapi tuu untuk second week . Masuk third week , ada jadual yg ditukar sbb ada kelas yang sampai 10pm :) Tapi hari Jumaat , tetap FREEE :D hehee .

Okay , weekend for second week punya cerita pulok :) Hari Sabtu (29/6/2013 ) , Hana , Zaty , Daim and Joshua keluar ke Kuching . Diorang bawak budak KL ni pusing-2 Kuching . Hehee . Thank you :D Kami naik van sapu ke Plaza Merdeka . Charge yg dikenakan RM3 seorang :) Sampai sana , gi food court . Makaang :) Satu insiden berlaku adalah :: Saya berjumpa dgn Nur Aznifazira ! Haha . Classmate masa tuition kat Johan Setia time form3 dulu ! Haha . After PMR mmg tade jumpa dia dh . Alih-2 , jumpa kat Kuching :)

Lepastu kami pergi The Spring . Then pusing-3 , balik semula ke Samarahan :) Ni lah gambar-2 hasil outing hari tu :D




Hehee , Daim tahukan dah kan yg mana ? Zaty comfirm-2 lah yg perempuan tuu . 2 org jea pon perempuan . Takkan lah Hana and Zaty tk leh beza lak kan :) And the other guy tu lah Joshua :) Merekalaah yg always with me kat UiTM ni :D

So , masuk minggu ketiga spt biasa kelas , koko and blablabla :) Weekend nya pulak , sekarang ni lah :D Hihi . So , this weekend Hana just duduk dalam campus . Pergi library and update blog yang dah lama tak berusik ni . Hehee . Okaylah , Hana nak choww . Dah pukul 4.02pm and Hana belum makan ! Lapaq baqhang :) *saya masih anak org utara* hihii .

okay bubye readers . Btw , puasa dah dekat kn ? Hana nak ucapkan Selmaat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak :D Puasa penuh okay korang . *for lelaki! Perempuan tkpe :)* Jangan ponteng puasaaa okayy :D Bubye !